15/3/2019

Hari ini 3 tahun yang lalu merupakan antara detik paling hitam dalam sejarah New Zealand apabila Christchurch bermandi darah. 51 nyawa terkorban sementara 40 lagi cedera apabila seorang lelaki melancarkan serangan di 2 lokasi: yang pertama di Masjid Al Noor (gambar) sekitar 1.40 pm waktu tempatan, ketika 190 orang jemaah sedang mendirikan solat Jumaat. Beberapa minit kemudian, dia memandu sekitar 3 batu ke Linwood Islamic Centre & turut melepaskan tembakan membunuh beberapa lagi di situ, sebelum dia memandu pergi sekitar 1.55 pm. Namun dia berjaya ditangkap polis 4 minit kemudian. 4 rakyat Malaysia menjadi antara mangsa serangan tersebut, di mana 3 cedera namun seorang lagi, remaja 17 tahun bernama Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, terkorban di Masjid Al-Noor. Penyerang itu bernama Brenton Harrison Tarrant, berusia 28 tahun dari Grafton, New South Wales, Australia. Ketika serangan, dia merakam & menyiarkannya secara langsung di Facebook dengan kamera GoPro yang dipasang pada topi keledarnya. Motif serangan anggota sebuah gerakan rasis Identitarian Movement itu adalah atas dasar kebencian, perkauman & xenofobia (tak suka orang negara luar) dengan merujuk kepada peristiwa genosid Muslim Bosnia. Pentadbiran New Zealand pimpinan Jacinda Ardern segera mewujudkan sebuah suruhanjaya khas untuk mengkaji isu tersebut & mereka berjanji untuk menguatkuasakan undang-undang baharu bagi mengelakkan tragedi berdarah itu berulang. Bulan berikutnya, kerajaan meluluskan undang-undang mengharamkan segala bentuk senjata separa-automatik & komponennya untuk dimiliki orang awam serta memberikan tempoh pembelian semula senjata yang diharamkan. Serangan Christchurch itu merupakan insiden tembakan dahsyat pertama di New Zealand sejak insiden pembunuhan beramai-ramai Raurimu pada 1997. Sumber: Astro AWANI, History, The Guardian #PeristiwaHariIni